Sunday, 21 August 2011

07 Sains dan Teknologi

Bidang sains dan teknologi juga berkembang dalam tamadun Rom. Peningkatan itu berlaku dalam bidang matematik, astronomi, perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas. Keadaan ini berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk pada pengetahuan yang sedia wujud dalam tamadun Mesir Purba dan Babylon serta mengembangkan ilmu-ilmu itu.

Boethius merupakan seorang ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani, beliau telah mengaitkan matematik dengan musik, geometri dan astronomi.

Boethius

Dalam tamadun Rom, ilmu pelayaran juga telah peningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang besar. Penciptaan perahu layar telah meningkatkan perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan yang penting dalam peperangan terutama pada zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

Lukisan kapal layar Rom

Lukisan kapal layar Rom

No comments:

Post a Comment