1. Tamadun Rom muncul di kawasan Bukit Palatine yang terletak berdekatan dengan Sungai Tiber di Lembah Latium .
2. Lembah Latium didiami oleh masyarakat Latin.
3. Lembah tersebut berkembang semasa pemerintah Romulus (753S.M).
4. Pemerintah Rom telah memperkenalkan majlis perbandaran di setiap badan pada kurun kedua Masihi.
5. Majlis perbandaran bebas menjalankan pentadbiran tanpa gangguan oleh kerajaan pusat di Rom.
6. Pembentukan majlis perbandaran membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
7. Bandar dibina secara terancang dan disediakan dengan pelbagai kemudahan.
8. Antara kemudahannya ialah bekalan air, rumah ibadat, rumah mandi awam, istana, teater, tempat berdialog (forum), sarkas, sistem pemanas dan sebagainya.
9. Satu bandar yang menjadi bandar contoh ialah Pompei kerana mempunyai pelbagai kemudahan.
10.Kemudahan yang terdapat di Bandar Pompei ialah :
(a) Dewan orang ramai
(b) Pejabat
(c) Perpustakaan
(d) Mahkamah
(e) Rumah ibadat
(f) Kedai
(g) Pintu gerbang
(h) Bangunan colloseum
(i) Sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.
11.Sistem saliran air tersebut dapat membekalkan bekalan air kepada penduduk di Pompei pada zaman keamanan atau peperangan.
12.Air juga dibekalkan untuk kegiatan perindustrian dan pengangkutan.
13.Bilangan pendudukan di Bandar Pompei ialah 50000 orang pada tahun 80 S.M..




No comments:
Post a Comment