Monday, 22 August 2011

Penghargaan

Penghargaan kepada :

Cikgu Mohd Naim

Deborah Lim

Kiew Yu Chia

Ooi Yit Ling

Loh Jia Lee

Phoebe Ooi

Wan Wei Chyun

Yeoh Khang Lin


Penyeliaan Blog :

Blog Layout - Phoebe Ooi

Blog Management - Deborah Lim

00 Kandungan - Deborah Lim

01 Pengenalan - Wan Wei Chyun

02 Pemerintahan & Pentadbiran - Phoebe Ooi

03 Perundangan - Ooi Yit Ling

04 Perluasan Kuasa - Loh Jia Lee

05 Pendidikan - Ooi Yit Ling

06 Falsafah - Deborah Lim

07 Sains dan Teknologi - Yeoh Khang Lin

08 Seni Bina - Wan Wei Chyun

09 Bahasa & Kesusasteraan - Deborah Lim

10 Sistem Sosial - Kiew Yu Chia

11 Sumbangan Tamadun - Kiew Yu Chia

Sunday, 21 August 2011

11 Sumbangan Tamadun

Sumbangan Tamadun Rom kepada kehidupan hari ini
  • menggunakan sistem pemerintahan berbentuk republik
  • mengamalkan Undang-undang Justinian
  • mengubahsuaikan daripada tulisan orang Yunani
  • membina bangunan Colloseum
  • membina saliran air bersih iaitu Aquaduct
  • kalendar hari ini berasaskan kalendar Rom
  • mewarisi sistem tulisan rumi kini
  • penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar menjadi empayar
  • Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil
  • mengembangkan agama Kristian

10 Sistem Sosial

Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

Golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah yang kaya, memonopolikan jawatan Konsul dan keahlian Senat.

golongan Patrisian dengan golongan Plebein

Rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil (masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi politik pula, mereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan Centuriate pada tahap awal. Mereka juga dilarang berkahwin dengan golongan Patrician sehingga ke tahun 445SM.

Kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka bekerja di ladang, kilang atau menjadi pembantu rumah golongan atasan. Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens. Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi. Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.

aktiviti penjualan hamba di Rom

09 Bahasa dan Kesusasteraan

Dua orang penulis dan penyajak:

- Cicero (106-43 SM)
patung kepala Cicero

- Virgil (70-19 SM)
patung kepala Virgil


Kesusasteraan Rom bertujuaan untuk meningkatkan semangat patriotisme.

Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar (27-14 SM).

08 Seni Bina

Aqueduct Rom

Aqueduct

  • Saluran air sewaktu zaman tamadun Rom
  • Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saluran tersebut.
  • Aqueduct yang terpanjang berada di Marcia, iaitu 91 kilometer. Air disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
  • Teknologi Aqueduct adalah berasaskan system gravity

Colloseum di Rom

Colloseum

  • Mula dibina pada tahun 70-an Masihi dan dibina oleh Maharaja Flavian.
  • Bangunan yang setinggi 52 meter dan ukuran garis pusat luar 545 meter ini berbentuk kubah.
  • Dapat memuatkan 50,000 – 80,000 penonton.
  • Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.

Pantheon Rom

Pantheon
  • Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia iaitu bergaris pusat 44 meter
  • Dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Hadrian.
  • Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Setiap pembinaan mempunyai fungsi yang penting kepada sesebuah Negara.

Di Rom, aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air kepada rakyatnya.

Terdapat peningkatan dalam seni bina-seni bina tersebut jika dibandingkan dengan seni bina zaman terdahulu.

Seni bina berkembang berdasarkan atau berunsurkan keagamaan.

07 Sains dan Teknologi

Bidang sains dan teknologi juga berkembang dalam tamadun Rom. Peningkatan itu berlaku dalam bidang matematik, astronomi, perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas. Keadaan ini berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk pada pengetahuan yang sedia wujud dalam tamadun Mesir Purba dan Babylon serta mengembangkan ilmu-ilmu itu.

Boethius merupakan seorang ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani, beliau telah mengaitkan matematik dengan musik, geometri dan astronomi.

Boethius

Dalam tamadun Rom, ilmu pelayaran juga telah peningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang besar. Penciptaan perahu layar telah meningkatkan perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan yang penting dalam peperangan terutama pada zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

Lukisan kapal layar Rom

Lukisan kapal layar Rom

Wednesday, 17 August 2011

06 Falsafah

Disebabkan tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, tamadun ini banyak mengambil falsafah dari Yunani.

Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoic (stoisisme) oleh ahli falsafah Yunani, Zeno.

Falsafah Stoic
  • kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam
  • menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan

Dalam Republic, Plato membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara yang paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.

Aristotle yang merupakan murid Plato dan guru kepada Alexander the Great, telah membincangkan cara berfikir yang teratur dalam karyanya. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.

Lukisan Alexander the Great

05 Pendidikan

Pendidikan

-     Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia

-     Penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang dapat memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakat

-     Rom mengambil dan menyerap unsur dari Yunani

-     Pusat pendidikan dan ilmu berkembang dengan pesat


Pusat Pendidikan
-     Melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya.

-     Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom

04 Perluasan Kuasa

Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

Kawasan yang ditakluk akan menerima bukan sahaja corak pemerintahan yang dibawa oleh penakluk tetapi juga kebudayaan penakluk.

Zaman perluasan kuasa Rom berlaku mulai tahun 27 S.M., iaitu pada zaman pemerintahan Augustus Caesar (anak saudara Julius Caesar, diktator, mengalahkan tentera Mesir di bewah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium). Beliau menubuhkan system empayar yang berbeza daripada system republic sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan. Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestine.

Empayar Rom

03 Perundangan

Undang-undang Rom yang pertama :

Hukum Kanun 12 :- 

- Dipahat pada kayu

- Dikenali sebagai Papan Dua Belas

- Undang-undang dikumpulkan, disatukan dan dibukukan oleh Maharaja Justinian

- Beliau melahirkan Kod Undang-Undang Rom (Undang-Undang Justinian)

Undang-Undang Justinian

Tuesday, 16 August 2011

02 Pemerintahan dan Pentadbiran

Corak pemerintahan tamadun Rom selalu berubah iaitu daripada sistem beraja ----> sistem republik ---> diktator / pemerintahan bercorak empayar. Konsep politik seperti Serat, veto, diktator, dan censor adalah warisan Tamadun Rom. Sistem Beraja ini diperintah oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang zalim dengan secara mutlak, namun mereka tidak berasal dari masyarakat Latin. Sebab ini berlaku kerana masyarakat Latin telah bangun memberontak bawah pemimpin golongan bangsawan yang digelar ---> patrician. Juga sistem republik terbentuk pada 509 S.M.. Sistem Republik tidak pemerintah berkuasa mutlak dan tidak mempunyai raja tetapi mengamalkan prinsip Demokrasi.

Struktur-struktur dalam sistem republik ini :-

Konsul :
Merupakan kuasa tertinggi dan terdapat 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat dan dibantu oleh Dewan Senat. 2 orang konsul dilantik bertujuan menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat dan mengelakkan salah seorang lebih kuasa.

Dewan Senat :
Terdiri daripada 2 orang bangsawan. Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat mesti merupakan seorang praeotor iaitu pemerintahan tentera. Dewan ini juga bertujuan membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan meranka perundangan.

Dewan Perhimpunan :
Dewan ini diwakil oleh rakyat Rom dan semua keputusan daripada Dewan Senat akan dihantar kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

Dalam Diktator, sistem republic ini telah telah ditamatkan oleh Julius Caesar dan mulanya zaman pemerintahan diktator. Semasa pemerintahan Julius Caesar taraf empayar telah meluaskan ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan beberapa wilayah Jerman. Semasa pemerintahan Julius Caesar berjaya meluaskan empayar dan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya. Selepas penyatuan, beliau membentuk sistem pentadbiran berpusat ---> seorang diktor yang bergelar maharaja. Julius Caesar berjaya menguasai angkatan tentera dan senat. Pada 62 S.M. d Julius Caesar dilantik sebagai praeotor dan pada 59 S.M. dilantik sebagai konsul. Beliau terkenal dengan kata-kata sakitnya ---> Veni, Vedi, Vinci yang bermaksud ‘saya datang’, ‘saya lihat’, dan ‘saya takluk’ . Julius Caesar mengistiharkan diri sebagai diktator apabila mengalahkan Jeneral Pompey, namun akhirnya telah dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompey. Selepas kemation Julius Caesar, sistem ini dan gelaran maharaja telah diteruskan oleh anak saudaranya Augustus Caesar. Augustus Caesar Berjaya membawa keamanan dan keagungan selama 200 tahun. Zaman Kegemilangannya digelar sebagai Pax Romana / Keamanan Rom, empayarnya terdiri daripada 3 benua yang pelbagai bangsa iaitu kawasan Asia, Eropah dan Afrika.

Augustus Caesar

01 Pengenalan

1.    Tamadun Rom muncul di kawasan Bukit Palatine yang terletak berdekatan dengan Sungai Tiber di Lembah Latium.

Sungai Tiber

2.    Lembah Latium didiami oleh masyarakat Latin.

3.    Lembah tersebut berkembang semasa pemerintah Romulus (753S.M).

Romulus dan Remus

4.    Pemerintah Rom telah memperkenalkan majlis perbandaran di setiap badan pada kurun kedua Masihi.

5.    Majlis perbandaran bebas menjalankan pentadbiran tanpa gangguan oleh kerajaan pusat di Rom.

6.    Pembentukan majlis perbandaran membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

7.    Bandar dibina secara terancang dan disediakan dengan pelbagai kemudahan.

8.    Antara kemudahannya ialah bekalan air, rumah ibadat, rumah mandi awam, istana, teater, tempat berdialog (forum), sarkas, sistem pemanas dan sebagainya.

9.    Satu bandar yang menjadi bandar contoh ialah Pompei kerana mempunyai pelbagai kemudahan.

Bandar Pompei

10.Kemudahan yang terdapat di Bandar Pompei ialah :
     (a)    Dewan orang ramai
     (b)    Pejabat
     (c)    Perpustakaan
     (d)    Mahkamah
     (e)    Rumah ibadat
      (f)    Kedai
     (g)    Pintu gerbang
     (h)    Bangunan colloseum
      (i)    Sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.

Bangunan Colloseum

11.Sistem saliran air tersebut dapat membekalkan bekalan air kepada penduduk di Pompei pada zaman keamanan atau peperangan.

12.Air juga dibekalkan untuk kegiatan perindustrian dan pengangkutan.

13.Bilangan pendudukan di Bandar Pompei ialah 50000 orang pada tahun 80 S.M..