Monday, 22 August 2011

Penghargaan

Penghargaan kepada :

Cikgu Mohd Naim

Deborah Lim

Kiew Yu Chia

Ooi Yit Ling

Loh Jia Lee

Phoebe Ooi

Wan Wei Chyun

Yeoh Khang Lin


Penyeliaan Blog :

Blog Layout - Phoebe Ooi

Blog Management - Deborah Lim

00 Kandungan - Deborah Lim

01 Pengenalan - Wan Wei Chyun

02 Pemerintahan & Pentadbiran - Phoebe Ooi

03 Perundangan - Ooi Yit Ling

04 Perluasan Kuasa - Loh Jia Lee

05 Pendidikan - Ooi Yit Ling

06 Falsafah - Deborah Lim

07 Sains dan Teknologi - Yeoh Khang Lin

08 Seni Bina - Wan Wei Chyun

09 Bahasa & Kesusasteraan - Deborah Lim

10 Sistem Sosial - Kiew Yu Chia

11 Sumbangan Tamadun - Kiew Yu Chia

Sunday, 21 August 2011

11 Sumbangan Tamadun

Sumbangan Tamadun Rom kepada kehidupan hari ini
  • menggunakan sistem pemerintahan berbentuk republik
  • mengamalkan Undang-undang Justinian
  • mengubahsuaikan daripada tulisan orang Yunani
  • membina bangunan Colloseum
  • membina saliran air bersih iaitu Aquaduct
  • kalendar hari ini berasaskan kalendar Rom
  • mewarisi sistem tulisan rumi kini
  • penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar menjadi empayar
  • Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil
  • mengembangkan agama Kristian

10 Sistem Sosial

Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

Golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah yang kaya, memonopolikan jawatan Konsul dan keahlian Senat.

golongan Patrisian dengan golongan Plebein

Rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil (masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi politik pula, mereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan Centuriate pada tahap awal. Mereka juga dilarang berkahwin dengan golongan Patrician sehingga ke tahun 445SM.

Kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka bekerja di ladang, kilang atau menjadi pembantu rumah golongan atasan. Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens. Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi. Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.

aktiviti penjualan hamba di Rom

09 Bahasa dan Kesusasteraan

Dua orang penulis dan penyajak:

- Cicero (106-43 SM)
patung kepala Cicero

- Virgil (70-19 SM)
patung kepala Virgil


Kesusasteraan Rom bertujuaan untuk meningkatkan semangat patriotisme.

Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar (27-14 SM).

08 Seni Bina

Aqueduct Rom

Aqueduct

  • Saluran air sewaktu zaman tamadun Rom
  • Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saluran tersebut.
  • Aqueduct yang terpanjang berada di Marcia, iaitu 91 kilometer. Air disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
  • Teknologi Aqueduct adalah berasaskan system gravity

Colloseum di Rom

Colloseum

  • Mula dibina pada tahun 70-an Masihi dan dibina oleh Maharaja Flavian.
  • Bangunan yang setinggi 52 meter dan ukuran garis pusat luar 545 meter ini berbentuk kubah.
  • Dapat memuatkan 50,000 – 80,000 penonton.
  • Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.

Pantheon Rom

Pantheon
  • Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia iaitu bergaris pusat 44 meter
  • Dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Hadrian.
  • Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Setiap pembinaan mempunyai fungsi yang penting kepada sesebuah Negara.

Di Rom, aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air kepada rakyatnya.

Terdapat peningkatan dalam seni bina-seni bina tersebut jika dibandingkan dengan seni bina zaman terdahulu.

Seni bina berkembang berdasarkan atau berunsurkan keagamaan.

07 Sains dan Teknologi

Bidang sains dan teknologi juga berkembang dalam tamadun Rom. Peningkatan itu berlaku dalam bidang matematik, astronomi, perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas. Keadaan ini berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk pada pengetahuan yang sedia wujud dalam tamadun Mesir Purba dan Babylon serta mengembangkan ilmu-ilmu itu.

Boethius merupakan seorang ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani, beliau telah mengaitkan matematik dengan musik, geometri dan astronomi.

Boethius

Dalam tamadun Rom, ilmu pelayaran juga telah peningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang besar. Penciptaan perahu layar telah meningkatkan perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan yang penting dalam peperangan terutama pada zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

Lukisan kapal layar Rom

Lukisan kapal layar Rom

Wednesday, 17 August 2011

06 Falsafah

Disebabkan tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, tamadun ini banyak mengambil falsafah dari Yunani.

Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoic (stoisisme) oleh ahli falsafah Yunani, Zeno.

Falsafah Stoic
  • kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam
  • menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan

Dalam Republic, Plato membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara yang paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.

Aristotle yang merupakan murid Plato dan guru kepada Alexander the Great, telah membincangkan cara berfikir yang teratur dalam karyanya. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.

Lukisan Alexander the Great