Wednesday, 17 August 2011

06 Falsafah

Disebabkan tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, tamadun ini banyak mengambil falsafah dari Yunani.

Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoic (stoisisme) oleh ahli falsafah Yunani, Zeno.

Falsafah Stoic
  • kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam
  • menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan

Dalam Republic, Plato membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara yang paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.

Aristotle yang merupakan murid Plato dan guru kepada Alexander the Great, telah membincangkan cara berfikir yang teratur dalam karyanya. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.

Lukisan Alexander the Great

No comments:

Post a Comment